Klik..Klik..Klik..

Friday, April 8, 2011

"YNWA"

Petikan dari Harian Metro 8 April 2011

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), mengesahkan bintang bola keranjang NBA, LeBron James menjadi pemegang saham minoriti kelab itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).
FSG, menerusi divisyen Fenway Sports Management, berjaya mengikat perjanjian untuk bekerjasama dengan firma pemasaran sukan pemain Miami Heat itu, LRMR Branding & Marketing, untuk menjadi wakil eksklusif di seluruh dunia.

Sejauh mana minat James terhadap kelab itu bagaimanapun tidak didedahkan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LRMR, Maverick Carter turut menjadi pemegang saham minoriti.
James, yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Amerika Syarikat, mahu menggunakan perjanjian itu untuk memantapkan portfolionya di peringkat antarabangsa dan mengembangkan peluang komersilnya.

FSG dan pengerusi Liverpool, Tom Werner berkata dalam satu kenyataan: "Kami percaya ini akan menjadi satu kerjasama kukuh antara FSM dan LRMR dan LeBron. Tidak ramai atlet yang boleh menyamai kekuatan global, daya penarik dan status ikon dimilikinya.


"Kami amat teruja LeBron akan menjadi sebahagian daripada keluarga Liverpool FC. LeBron dan Liverpool masing-masing mempunyai kekuatan penampilan di peringkat antarabangsa, terutamanya di Asia, tapi kami berasakan peluang perniagaan dalam pasaran antarabangsa yang semakin meningkat mampu diraih menerusi kerjasama ini." James berkata: "Saya gembira untuk bekerja bersama dengan Jon Henry dan Tom Werner.
"Mereka, seperti saya, memang amat meminati sukan. Anda boleh lihat daya penggerak dan komitmen yang ditunjukkan mereka terhadap pasukan mereka. Bagi saya, ini adalah mengenai perniagaan dengan sebuah pertubuhan yang meminati sukan seperti saya sendiri."


p/s : amii penyokong & peminat liverpool 'YNWA' ;p

No comments:

Post a Comment