Klik..Klik..Klik..

Wednesday, April 27, 2011

HASAD DENGKI!!!


1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:


“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.
 (Al-Hadis).

    Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

    Sifat dengki menyebabkan sese-orang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.


Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:


“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”

(Al-Hadis).

Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:


“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”


    Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

7. Hasad dengki boleh menyebab- kan seseorang itu sukar mema- hami ilmu agama dan hukum hakam.

Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai de-ngan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:



“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Sidang jamaah yang dikasihi Allah,

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Meskipun natijah pe-nyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan sese-orang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:-- 




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)


Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)



Kredit -> halaqah.net



Thursday, April 21, 2011

dah lama x berentri~~~

Pagi tadi tgh syok menikmati sarapan pagi kat cafe ofis ni,tetibe ade la kawan ni bg tau pasal "terowong tropicana" nak diTUTUP.. erk..terkedu jap..huh mana la nak lalu pasni kalo terowong tu tutup..padahal situ dikira laluan utama jugak tu..kawan tu kata siap ade kuat kat NST ari isnin lagi..aku cari punye cari tak jumpa pun..atlast aku jumpa entri kat bawah ni..


MBPJ to close FAS tunnel

Source: theStar April 18
THE Petaling Jaya City Council (MBPJ) will close the FAS tunnel near PJU 1A/4F and PJU 1A/4D effective April 22.
The decision was made in view of the traffic problems faced by Taman Kelana Idaman residents.
The tunnel serves as an access road to the Damansara-Puchong Highway (LDP) and neighbouring areas such as Ara Damansara, Taman Mayang, Taman Megah Mas and Taman Emas.
The residents had raised a number of traffic and safety concerns due to the increasing number of vehicles passing through the residential roads leading to the tunnel.
Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said many large vehicles and lorries were using the tunnel daily, disturbing the peace of residents in the area.
“Road users are advised to use the Subang airport road instead,” he said.
He added that an alternative road would be built to serve as a link to Jalan PJU 1A/1 soon.
Roslan was speaking at the launch of the Petaling Jaya Sustainable Commu-nities Awards 2011 at the MBPJ main office.
“The awards is to give recognition to outstanding neighbourhoods,” he said.
Last year, 24 neighbourhoods in Petaling Jaya were assessed for the awards.
Bandar Sri Damansara Residents Association (BSDRA) emerged as the grand prize winner and awarded a development grant of RM50,000.
This year, the council hopes to attract more neighbourhoods to take part, especially PJU, Kota Damansara and Kelana Jaya.
Other than the category for best overall neighbourhood, the council also awards neighbourhoods for best green initiatives, safety measures, social integration, community management and entrepreneurship.
“Upon registering, neighbourhoods will be given a development fee of RM1,000 to start their efforts,” said Roslan.
Forms can be obtained from the MBPJ offices or through the MBPJ website at www.mbpj.gov.my.
Registration closes on June 16.
Fuuuuuhhhhhh!! lega membacanya..bukan terowong tropicana..terowong FAS..heheh..syukur.. :)

Friday, April 15, 2011

HUJAN

Diluar sana sedang hujan dengan lebatnye..Guruh pun berdentam - dentum..macammana la nak balik ni..lalalala..
Sebenarnya nak cite pasal tengahhari tadi..heheh..tengah-tengah panas terik tu,amii gi makan DURIAN..heheh..ni durian kampung je..murah je..heheh..dapat air mineral free sebab makan kat situ..ngeeee.. ^_^ best..best..2 biji tak cukop lor.. ;p

Wednesday, April 13, 2011

Minyak Naik..Naik Minyak!!!


Pagi tadi on d way nak gi keje..ofcoz la dgr HotFM kan..skali masa berita tu terkeluar pembaca berita tu sebut 'RON95' akan naik lagi.. huhuhu..angin..angin..angin 1 badan..ni semua gara-gara election kat sarawak ni la.abis die tabur duit rakyat kat sana,pastu yg kene bayar balik rakyat la..huh dah agak dah..pastu nanti alasan subsidi tak cukup la,ape la,itu la ini la..huh..ini bukan rakyat yg berpendapatan rendah je marah,aku rasa yg pendapatan tinggi pun mesti marah..pasni x leh dah nak isi RM15,skali isi kene isi RM20..dulu isi RM10 je leh tahan 3 hari,keesokannye baru lampu minyak tu nyala..skarang? :( papa kedana dibuatnye..

Friday, April 8, 2011

"YNWA"

Petikan dari Harian Metro 8 April 2011

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), mengesahkan bintang bola keranjang NBA, LeBron James menjadi pemegang saham minoriti kelab itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).
FSG, menerusi divisyen Fenway Sports Management, berjaya mengikat perjanjian untuk bekerjasama dengan firma pemasaran sukan pemain Miami Heat itu, LRMR Branding & Marketing, untuk menjadi wakil eksklusif di seluruh dunia.

Sejauh mana minat James terhadap kelab itu bagaimanapun tidak didedahkan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LRMR, Maverick Carter turut menjadi pemegang saham minoriti.
James, yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Amerika Syarikat, mahu menggunakan perjanjian itu untuk memantapkan portfolionya di peringkat antarabangsa dan mengembangkan peluang komersilnya.

FSG dan pengerusi Liverpool, Tom Werner berkata dalam satu kenyataan: "Kami percaya ini akan menjadi satu kerjasama kukuh antara FSM dan LRMR dan LeBron. Tidak ramai atlet yang boleh menyamai kekuatan global, daya penarik dan status ikon dimilikinya.


"Kami amat teruja LeBron akan menjadi sebahagian daripada keluarga Liverpool FC. LeBron dan Liverpool masing-masing mempunyai kekuatan penampilan di peringkat antarabangsa, terutamanya di Asia, tapi kami berasakan peluang perniagaan dalam pasaran antarabangsa yang semakin meningkat mampu diraih menerusi kerjasama ini." James berkata: "Saya gembira untuk bekerja bersama dengan Jon Henry dan Tom Werner.
"Mereka, seperti saya, memang amat meminati sukan. Anda boleh lihat daya penggerak dan komitmen yang ditunjukkan mereka terhadap pasukan mereka. Bagi saya, ini adalah mengenai perniagaan dengan sebuah pertubuhan yang meminati sukan seperti saya sendiri."


p/s : amii penyokong & peminat liverpool 'YNWA' ;p

The Rock is Cooking

eheheheh..dah tengahari ni tetibe lapar la pulak..harus la dah time lunch kan..tapi pale pening lah..ye la..mana x pening,perut lapar..errrkkkk..tapi pagi tadi mkn nasik lemak sket,mee goreng sket..lapar lagi??? grrrrr..bahaya nih...muehehhehehe..
koleksi masakan saya..ngeeee..

Thursday, April 7, 2011

~~Tenang~~

rasa sedap je mata pandang gambar ni.. :)

..Ngantuk..

hehehe..ngantuk + lemau la..ni kes pagi td la ni..melayan dobot yg tak nak tido balik..kehkekeh..
pastu kan..pagi tadi bangun lambat sudahnya..masuk opis pun lambat la..tapi kan pagi tadi rajin plak nak gosok tudung..dah lama tak pakai tudung bawal..asek pakai tudung ekspres jek..tetibe rasa nak pakai tudung tak ekspres pulak..rasa mcm ayu je tgk..wakakakak perasan,angkat bakul sendiri.. ;p

Mengigau???

wahahaha..giler kelakar la dobot ni..tengah tido dengan nyenyaknya tu,skali tiba-tiba dia bangun terus menuju ke laptop ni..










adoiiiyaiii..skali tegur dia,suh tido..dia leh patah balik pastu baring..wakakakak..


mengigau ke betol-betol bangun ntah..hahah..tapi mata dia terbukak..tak ngigau la tu..kekekekeke..pic ada..sempat amii snap..heheh..tapi skang ni trus dia jaga..bleh main la plak..uhuhuhu..pagi nanti la upload pic dia eh.. heheh..cabel usb takde.. ok la..nunite olls.. ^_^

Monday, April 4, 2011

Cerita Ceriti..

Ermmm hangat gak kes yg amii post beberapa ari lepas..pasal org yang menghina kaum ibu tu..ni fanpage benci die..tujuan nye utk die minta maaf atas keterlanjuran kata-kata dia..

 

mmg die minta maaf..tapiiiiiiiiii rupe-rupenye sekadar tulisan@taipan jek..kat blog die,mcm-mcm cite die karang..tapi xpe la blog die kan..mungkin nak menagih simpati..die leh tepek lak mende yg xde kaitan dgn kata-kata dia yg menghina kaum ibu yg lain..seolah mengundang pertelingkahan org lain dgn org yg lain lak..pastu siap nak bekabung seminggu x nak online..tapi tapi tapi..hari ni entri die kat blog tu dah didelete..ooo tau pun die ek,org marah kat die ek..ehhh!!camna die leh delete ek..die kata x nak online..
wakakakka..rupe-rupenye die silent reader..aduhaiii..dah la..moga lepas ni die akan berfikir dahulu sebelum menaip.. ;p

..CONTEST..CONTEST..CONTEST..

Assalammualaikum semua kawan-kawan.. ;p
Pagi ni amii nak join contest..ooopppsss..dah nak tengahari dah..
Jom kite ramai-ramai join contest ni..

ni 1st contest amii join ni..moga2 amii menang.. ;p

Friday, April 1, 2011

layan lagu ni plak~~~

Malam tadi sambil ber blog walking,tiba2 terdengar lagu ni berkumandang kat tv..sedap la pulak..
so ari ni trus layan.. ihihii..


Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu

Yang aku ingin arti hadir diriku

Kan menghapus dukamu sayang
Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku
Reff:

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku

Baik baik sayang ada aku untukmu

Hanya satu pintaku di siang dan malammu

Baik baik sayang karna aku untukmu
Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampuku sayang

Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku
Back to Reff

Koleksi Wali Band yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Wali – Baik Baik Sayang

VIDEO upload mlm kang la.. ;p