Klik..Klik..Klik..

Friday, May 20, 2011

i'm on OS6 now ~~~

ngeeeeeeeeeee..^_^ 

Wednesday, May 18, 2011

Coming soon to Vodafone UK~~

Vodafone UK BlackBerry Bold 9900

Get your hands on the sexy new BlackBerry Bold 9900 :)) Cun giler siuuuuttt..

OS..OS..OS.. ~~~ BLACKBERRY USER ~~~


Hye olls..pengguna blackberry upgrade la OS anda ye..sangat best.. :D


Official OS 6.0.0.524 for the Curve 3G 9330 and Bold 9650 from Verizon

BlackBerry 6
Verizon users get another update today as both the Bold 9650 and Curve 3G 9330 have some new software. OS 6.0.0.524 is official from Big Red and ready for the taking. Things look to be good on both of these, so if you are a 9650 or 9330 user then fire up the ol' USB cables and get to installing. If you get up and running, leave a comment here or in the forums with your findings. As always, use caution when installing any OS.

Thursday, May 12, 2011

HUJAN..HUJAN..HUJAN..

Yahooooo..walaupun bahang akan terasa lepas hujan berhenti..tapi aku besyukur hujan turun arini..atleast leh cuci jerebu yg sedang melanda akibat tempias dari negara jiran..huhuhuu..ni ihsan gambar hujan dari cik google..menunjukkan kat luar sedang ujan.. :D

Wednesday, May 11, 2011

Lama dah tak berbelog..........

huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. ngantuk + sakit-sakit badan la..
lama sudah tak berbelog..sbb nye.........agak susah nak mengadap lappy @ pc ni hah..
kat opis ni skang sume di pantau nye..kat umah lak,pantang bukak lappy je dah ade yg menyibuk..sampai kan tgh tido pun leh tejaga bila dengar bunyi window tu..huahuahuahua..dasyat la bdk dobot tu..nak jadi pakar IT kot nanti.. ehehehhe..moga-moga n mudah-mudahan jd pakar IT n bergaji besar,leh jaga aku dihari tua nanti..amiiinnnnn...hah korang2..meh tlg aminnnn kan jugak.. :))
pastu..weekend plak,org mesti ckp,ade masa teluang..tp tp tp mgu lepas xde masa la..ade jemputan kenduri..pastu bdk dobot tu demam..ermmm mmg kene ngadap dia la..x leh nak wat keje lain..umah pun dah cam tongkah pecah..ngeeeeeeeee..nanti amii up pic ek.. ;p

Wednesday, April 27, 2011

HASAD DENGKI!!!


1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:


“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.
 (Al-Hadis).

    Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

    Sifat dengki menyebabkan sese-orang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.


Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:


“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”

(Al-Hadis).

Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:


“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”


    Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

7. Hasad dengki boleh menyebab- kan seseorang itu sukar mema- hami ilmu agama dan hukum hakam.

Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai de-ngan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:



“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Sidang jamaah yang dikasihi Allah,

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Meskipun natijah pe-nyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan sese-orang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah:-- 




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)


Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)



Kredit -> halaqah.net



Thursday, April 21, 2011

dah lama x berentri~~~

Pagi tadi tgh syok menikmati sarapan pagi kat cafe ofis ni,tetibe ade la kawan ni bg tau pasal "terowong tropicana" nak diTUTUP.. erk..terkedu jap..huh mana la nak lalu pasni kalo terowong tu tutup..padahal situ dikira laluan utama jugak tu..kawan tu kata siap ade kuat kat NST ari isnin lagi..aku cari punye cari tak jumpa pun..atlast aku jumpa entri kat bawah ni..


MBPJ to close FAS tunnel

Source: theStar April 18
THE Petaling Jaya City Council (MBPJ) will close the FAS tunnel near PJU 1A/4F and PJU 1A/4D effective April 22.
The decision was made in view of the traffic problems faced by Taman Kelana Idaman residents.
The tunnel serves as an access road to the Damansara-Puchong Highway (LDP) and neighbouring areas such as Ara Damansara, Taman Mayang, Taman Megah Mas and Taman Emas.
The residents had raised a number of traffic and safety concerns due to the increasing number of vehicles passing through the residential roads leading to the tunnel.
Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said many large vehicles and lorries were using the tunnel daily, disturbing the peace of residents in the area.
“Road users are advised to use the Subang airport road instead,” he said.
He added that an alternative road would be built to serve as a link to Jalan PJU 1A/1 soon.
Roslan was speaking at the launch of the Petaling Jaya Sustainable Commu-nities Awards 2011 at the MBPJ main office.
“The awards is to give recognition to outstanding neighbourhoods,” he said.
Last year, 24 neighbourhoods in Petaling Jaya were assessed for the awards.
Bandar Sri Damansara Residents Association (BSDRA) emerged as the grand prize winner and awarded a development grant of RM50,000.
This year, the council hopes to attract more neighbourhoods to take part, especially PJU, Kota Damansara and Kelana Jaya.
Other than the category for best overall neighbourhood, the council also awards neighbourhoods for best green initiatives, safety measures, social integration, community management and entrepreneurship.
“Upon registering, neighbourhoods will be given a development fee of RM1,000 to start their efforts,” said Roslan.
Forms can be obtained from the MBPJ offices or through the MBPJ website at www.mbpj.gov.my.
Registration closes on June 16.
Fuuuuuhhhhhh!! lega membacanya..bukan terowong tropicana..terowong FAS..heheh..syukur.. :)